Tuesday, June 25, 2013

MARI MARI!!! TEBU UNTUK DIJUAL !!

Salam semua...
  Alhamdulillah...selepas pelbagai rintangan dan dugaan diharungi sepanjang 9 bulan yg lalu, akhirnya tebu telah mencapai tahap matangnya. Tahap matang ni dikira apabila tebu mencapai ketinggian 8 kaki ke atas. Oleh itu, ia sangat sesuai utk ditebang dan dimesin utk mendapatkn AIR TEBU yg sudah tentunya sedap!

Ini gred B yng sedang menuju gred A..

Ini tebu gred A. Sebatang tebu nih boleh dapat 1 suku jag air woo...
Jadi, kepada sahabat2 yg ingin mendapatkan bekalan tebu utk berniaga sepanjang bulan Ramadhan nih, sila inform dgn segera ye...
Setakat ini, dah ramai yg call dan sms nk bekalan tebu nih. Harga? Kita boleh bincang...
hehehe...

Hai tebu! semoga sihat selalu lah kau ye.... :)

Dikelilingi tebu yg meninggi...best2!!
Utk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Call / SMS / Whatsapp di 012-2246524 (afie)

Wednesday, June 19, 2013

Apa cerite Ladang Tebu sekarang?

Salam semua..
 Agak lama tak update blog nih...maklum sj, sibuk dgn tugasan harian. Tp hari ni aku rasa ada mood utk update blog nih...

Bln Mac ari tu aku & Edi turun ke Palong utk meninjau perkembangan ladang tebu. Agak mengejutkan kerana ada kes tebu diserang ulat batang.
Ulat batang ni dia akan tebuk tebu pastu makan tebu dari dalam. Nasib baik Cik Amer sempat racunkan pokok2 yg terkena ulat btg nih.
ni lah jadinya kalau ulat btg mengorek btg tebu...
Kalau dibiarkan lama, boleh terbantut tumbesaran tebu nih.
Jd, terpaksa la keluar modal skit utk racun perosak dan baja tambahan.

ni baja organik dan baja kimia biasa...

Ni baja NPK, memang power utk tumbesaran pokok2 tebu...




Alhamdulillah, secara keseluruhannya 90% tebu adalah sihat dan elok. Tak caya? jom tengok gambar2 nih...

Org kata, kalau nk tau tebu sihat, tgk pada daunnya...amacam? sihat tak?

ni dah cecah 7 kaki nih, tp blum matang ye...

tgk la saiz pokok tebu nih...besar genggaman tangan nih...


Dulu tanah kosong, skrg dah jd ladang tebu...
Amacam? ok kan! Alhamdulillah.

So sesiapa yg berminat nak berurusan ttg hal2 tebu nih...boleh hubungi saya ye.



PS: sekarang dah bulan Jun, apa cerite ladang skrg? tungguuuu....