Monday, February 4, 2013

Tebu semakin meninggi..alamak!!

 Salam semua...
Rasanya dah lama jgk x update blog nih..maklum saja, sibuk dgn pelbagai urusan.
Apa-apa pun, baru-baru ini aku dan Edi pergi melawat ladang kami di Felda Palong. Kali ini, kami melalui kawasan tebu di daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
Fuuhh!! Sepanjang jalan lebih kurang 10 km, kiri kanan mesti ada ladang tebu. Ada yg 3 ekar, ada yg 5 ekar. Memang buat duit diorang nih. Tapi sayang, kebanyakannya kepunyaan tauke cina. Hmm..rezeki masing-masing lah...
 Sampai je di Palong, kami terus masuk ladang. Alhamdulillah, batang tebu pun dah nampak. Seronoknya tak boleh nak cakap laa...hehehe...

 Tapi ada jgk benih-benih tebu yg hampir mati akibat terendam dalam air.. Tp, berkat pengalaman Cik Amer, dia telah semai di atas tanah dulu buat beberapa hari. Alhamdulillah, benih yg nak mati tu mengeluarkan tunas-tunas baru. Kami pun menanamnya semula ke dalam lubang...jimat kos.
 Bila tgk ladang tebu ni dah menghijau, rasa mcm tak nak balik KL pun ada. hehehe...tp semakin membesar tebu nih, semakin byk kos yg diperlukan. Baja NPK dah tentu la, blum lagi dgn racunnya..takpelah..pelaburan.
Tengok nih...btg tebu dah boleh digenggam. Besar beb. Berkat menggembur, membaja dan meracun, insyaallah berhasil lah hendaknya..