Wednesday, November 7, 2012

Benih sudah jadi anak tebu laa..

Ini antara benih generasi terawal yg kami tanam. Btg tebu dh mula muncul dibawahnya..syukur!

Fuh! Naik mencanak-canak! Dlm satu lubang nih, ada tak kurang dari 60 btg tebu..huh!
Nampak kt bwh tu? dh mula nk keluar btg tebunya nih, penangan baja German la katakan...






Salam semua,
 Baru-baru ini, aku dan adik aku (Epoi) berangkat pergi ke Felda Palong utk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku, disamping menjenguk ke ladang tebu aku di sana.
Dalam perjalanan melalui Bkt Putus dan Kuala Pilah, asyik hujan je..
Tp bila dh sampai sana, alhamdulillah cuaca ok. Pada mulanya, kami singgah kenduri kahwin dulu, jumpa pak sedara, mak sedara, sepupu dan ramai lg la. Agak dlm pkul 3, baru la aku masuk ke ladang tebu dgn menaiki scrambler milik Cik Amer.

Memang bersyukur sgt bila lihat benih2 yg ditanam naik dgn tinggi. Kata Cik Amer, ini penangan baja Behn-Meyer dan Furadan G5 la ni..alhamdulillah naik cantik, daun plak x dimakan ulat, cepat tinggi.
  Aku bawa sekali 1000 btg benih tebu tambahan utk ladang nih. Kata Cik Amer, utk disulam dgn mana2 benih yg mati. Juga aku bawa racun Basta 15, khas utk meracun semak samun di kiri kanan pokok tebu tuh..
Tp harga setong Basta 15 (4 liter) mencecah RM220, peh!!

PS: psst..government x nk bg subsidi ke utk mengurangkan harga racun pertanian nih? Daripada bagi Rm200 @ RM500 kpd rakyat secara semberono sj, baik bantu peladang mcm kami ni, btul tak? (hehe..sekadar cdgn sj, bkn nk protes ye).

Sunday, October 14, 2012

DUGAAN PERTAMA

Tu diaa...5000 btg anak benih tebu dimuatkan dlm hilux ni utk dihantar ke Palong esok. Pehh!! padat beb!!

Dari luar pun nampak padat, penuh sampai ke seat belakang hilux. Nak angkat benih masuk ke dalam hilux ni, toksah cakap la beratnya...huhuhu...

Alamak!! Benih dah terendam dlm air laa...2 hari punya hujan, abis benih tenggelam.
Ni ada 3-4 benih terpaksa dibuang sbb dah mati. COBAAN!
Dlm banyak2 benih, yg ni kira hebat la...ada 8 btg anak pokok naik dari 1 btg benih, subhanallah!

Ini yg dah naik cantik. Seronoknya!

Yg ni pun ok!
Dlm satu lubang panjang ni, ada anak tebu tak kurang dari 50 pokok, syukur!

Ok, ni lah tanah 5 ekar yg hampir nk siap ditanam tebu.

Ini 5 ekar sebelah atas. Dari tiang kayu kiri ini, sampai ke bawah sana. (kalau korang tgk betul2, ada 2 lelaki berdiri di sebelah kiri gambar...hehe..seram tak?)



Dari tiang ni, sampai ke pokok besar sebelah kanan, tanah utk Fasa ke-2 yg akan memulakan penanaman tak lama lg. Ada sesiapa berminat nk join? hehe..bgtau lah ye..boleh bincang2..

Alhamdulillah, semalam sempat tiba di Felda Palong 9, N.9 pukul 10 pg. Cuaca yg mendung menyebabkan aku tak singgah ke rumah Cik Amir, malah terus ke ladang. Nak turunkan cepat benih tebu ni, bkn sikit, 5000 btg benih woo!
  Sampai2 kt ladang, Alamak!! benih terendam dalam air sbb hujan lebat 2 hari. Kesian tgk Cik Amer mengeluarkan benih2 tebu dr dlm lubang yg bertakung air (nk selamatkan benih katanya..). Nasib baik yg terendam pun lebih kurang 10 lubang je, kalau lebih, letih jgk nk keluarkan benih2 tu.
    Senyum Cik Amir sampai ke telinga tgk aku bwk anak benih 5000 btg. Tak sabar nak tanam!!
Takpe, pelan2.
  Sambil2 tu, aku tinjau tanah dia lg. Ada 5 ekar belum terusik lg nih. Aku dgn Edi dh pening, mana nk cari anak benih lg...

Sunday, October 7, 2012

Benih dah menjadi tunas..yeah!!

1,2,3,4....15,20..hmm...byk jugak yg jd tunas. Alhamdulillah!!

Ini baru 1 lubang..ada la dlm 30 tunas yg menjadi, alhamdulillah!

Hmm..harap2 semua tunas ni akan jd batang tebu yg sempurna, Insyaallah!

Banyak lg ruang2 kosong yg memerlukan benih..



Tu dia, Cik Amir dan Cik Siti nk memulakan kerja2 di kebun. Terima kasih atas bantuan anda!

"Ini je benihnya? Cukup utk 1 ekar je nih!" kata Cik Amir. Haha..nnt kitorang bwk benih lg ye, tunggu!!
Minggu lepas, Edi dah bawak lebih kurang 2000++ benih utk ladang tebu kami di Felda Palong. Nasib baik dia bwk Hilux (ikhsan Yus Idris, tq), penuh satu Hilux tu, termasuk 2 beg baja Behn Meyer. Ingatkan boleh la habis 2 ekar lg, last2 cik amir kata, cukup utk 1 ekar je, kena bwk benih lg. Adoii..kena bwk lg la jwbnya...:)

Thursday, September 27, 2012

Inilah ladangnya..

Dari pokok sebelah kanan...

dan melangkaui ke tengah ladang...

hingga ke pokok asam di tengah-tengah ladang...

berakhir di hujung jalan sebelah kiri sekali tuh...
Dalam kepanasan matahari yang menggigit, kami meneliti tapak projek ladang tebu kami. Berkeluasan kira-kira 10 ekar di Felda Palong. Tanaman tebu dibuat secara berselang dgn pokok getah, (maklum saja, tanah Felda..). Insya-allah memulakan tanaman pada akhir bulan september 2012..

Lawatan Pertama ke Ladang Tebu

Ladang Tebu pakcikku yg telah dituai pada Ramadhan 2012 yg lalu. Kini tinggal anak tebu generasi ke-2 plak.




Edi dan pakcik meronda kawasan. Fuhh..penat beb!

Edi dan pakcikku berbincang psl ladang tebu. Nk buat 10 ekar kenalah bincang betul2,kan?
Pada pertengahan september 2012, aku dan edi telah menyiasat kawasan Felda Palong utk meneliti prospek ladang tebu di sana. Alhamdulillah, memang lawatan yang berbaloi. Apa taknya, pakcikku yg memang peneroka Felda di sana setuju utk bergabung dgn kami bagi menjayakan projek ini. Terima kasih Cik Amir!
Selamat Dtg ke blog 'Semanis Tebu Di Bibir'. Blog ini sengaja dibuat bagi memaparkan minat aku, adik ku dan pakcik ku dalam bidang penanaman tebu. Insya-Allah segala perkembangan kami dlm mengusahakan ladang tebu ini akan aku paparkan dlm blog yg tak seberapa ini, ok!