Sunday, October 14, 2012

DUGAAN PERTAMA

Tu diaa...5000 btg anak benih tebu dimuatkan dlm hilux ni utk dihantar ke Palong esok. Pehh!! padat beb!!

Dari luar pun nampak padat, penuh sampai ke seat belakang hilux. Nak angkat benih masuk ke dalam hilux ni, toksah cakap la beratnya...huhuhu...

Alamak!! Benih dah terendam dlm air laa...2 hari punya hujan, abis benih tenggelam.
Ni ada 3-4 benih terpaksa dibuang sbb dah mati. COBAAN!
Dlm banyak2 benih, yg ni kira hebat la...ada 8 btg anak pokok naik dari 1 btg benih, subhanallah!

Ini yg dah naik cantik. Seronoknya!

Yg ni pun ok!
Dlm satu lubang panjang ni, ada anak tebu tak kurang dari 50 pokok, syukur!

Ok, ni lah tanah 5 ekar yg hampir nk siap ditanam tebu.

Ini 5 ekar sebelah atas. Dari tiang kayu kiri ini, sampai ke bawah sana. (kalau korang tgk betul2, ada 2 lelaki berdiri di sebelah kiri gambar...hehe..seram tak?)



Dari tiang ni, sampai ke pokok besar sebelah kanan, tanah utk Fasa ke-2 yg akan memulakan penanaman tak lama lg. Ada sesiapa berminat nk join? hehe..bgtau lah ye..boleh bincang2..

Alhamdulillah, semalam sempat tiba di Felda Palong 9, N.9 pukul 10 pg. Cuaca yg mendung menyebabkan aku tak singgah ke rumah Cik Amir, malah terus ke ladang. Nak turunkan cepat benih tebu ni, bkn sikit, 5000 btg benih woo!
  Sampai2 kt ladang, Alamak!! benih terendam dalam air sbb hujan lebat 2 hari. Kesian tgk Cik Amer mengeluarkan benih2 tebu dr dlm lubang yg bertakung air (nk selamatkan benih katanya..). Nasib baik yg terendam pun lebih kurang 10 lubang je, kalau lebih, letih jgk nk keluarkan benih2 tu.
    Senyum Cik Amir sampai ke telinga tgk aku bwk anak benih 5000 btg. Tak sabar nak tanam!!
Takpe, pelan2.
  Sambil2 tu, aku tinjau tanah dia lg. Ada 5 ekar belum terusik lg nih. Aku dgn Edi dh pening, mana nk cari anak benih lg...

No comments:

Post a Comment