Tuesday, July 9, 2013

Musim Menuai Telah Tiba...Mcm2 hal..

Salam..
  Hari ini adalah hari -1 puasa pada tahun ini (2013). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Sejak minggu yg lalu, aku dh jd mcm PR utk syarikat aku. Tiap-tiap hari mesti dapat sekurang-kurangnya 3 panggilan telefon bertanya psl tebu. Mcm2 ragam peniaga tebu aku dh jumpa.

Buat pengetahuan semua, harga pasaran tebu telur gred A pada tahun ini mencecah RM3 sebatang. Ada juga petani yg jual Rm1.50 sebatang (mungkin sbb nk habiskan stok). Harga aku sekitar Rm 1.80 - RM 2.50 sebatang.

Harga mcm ni pun, ramai peniaga dan peraih kata mahal. Sebenarnya mereka tak faham bahawa petani dah belanjakan kos yg tinggi bagi penanaman & penjagaan tanaman tebu.
Aku sendiri pun dah belanjakan hampir RM15,000 utk tanaman tebu seluas 5 ekar. Oleh itu, harganya memang perlu berpatutan dgn kos yg dikeluarkan, betul tak?

Ok, cukup setakat itu. Jom kita tengok beberapa gambar peraih dtg ambil tebu di salah satu ladang kepunyaan sepupuku.

Tebu Gred A

Lori 1 tan je...

Berapa btg tebu agaknya nih?.... jawapan : 500 btg.


No comments:

Post a Comment