Wednesday, September 25, 2013

Projek Tebu Felda Keratong part II

Assalamualaikum para sahabat semua...

Post yg lalu, kita lihat proses dan kerja-kerja penyediaan tebu utk di hantar ke Felda Keratong. Maka pada hari Selasa yg lalu, kerja-kerja itu pun siap.

Awal pagi Rabu, kami bergerak menaiki lori 3 tan dari Shah Alam menghala ke Felda Keratong.


Perjalanan melalui Lebuhraya PLUS-Seremban-Kuala Pilah-Batu Kikir-Pelangai-Bdr Seri Jempol-Bdr Tun Razak-Felda Keratong ini mengambil masa 4jam setengah. Fuh!!

Dari jalan besar Muadzam Syah-Segamat ke lokasi ladang adalah lebih kurang 20 minit.

Bila dah masuk kawasan ladang tersebut, alamak!!!

 Perkampungan Org Asli la...

Hmm..menarik juga nih. Suatu pengalaman yg baru!

Kami disambut oleh Abg Zul dan Tok Batin beserta anak-anak buahnya. Setelah melepaskan lelah sebentar, saya meninjau kawasan ladang yg akan digunakan utk projek tebu ini. 






 Tok Batin pun menunjukkan arah kawasan ladang ini. Dari sudut jenis tanih, memang amat sesuai utk penanaman tebu. Cuma kawasan ini adalah bekas hutan dara yg berbukit bukau dan telah dibersihkan oleh Tok Batin dan anak buahnya. Keluasan dianggarkan 5 ekar.

Tok Batin sendiri mengambil inisiatif memasang tali rafia pada setiap baris tebu. Ini bagi memudahkan kerja-kerja membuat lubang dan menanam benih. (Terbaik lah Tok Batin!).


Setelah itu, benih-benih tebu pun diturunkan. Respon pertama Tok Batin adalah...

"Wah...banyaknya!!". Saya tersenyum.


 Dengan bantuan Abg Zul dan anak-anak buah Tok Batin, 10 minit shj diperlukan utk menurunkan semua benih tebu dari lori.

Kemudian, mereka meminta saya memberi penerangan tentang kaedah penanaman dan penjagaan. Setelah taklimat dan penerangan lebih kurang 20 minit, jelas Abg Zul dan Tok Batin faham dan bersetuju dgn kaedah/teknik yg saya terangkan.

Antara perkara penting yg saya terangkan:-
   - Kaedah menanam tebu yg betul
   - Penggunaan racun Furdan
   - tindakan-tindakan susulan selepas pokok mencecah 1 kaki tinggi
   - penjagaan dan kawalan penyakit

 Alhamdulillah...

Jadi, saya pun bergegas utk pulang ke Shah Alam pada tengahari itu juga, kerana ada kelas malam.

Saya tinggalkan benih bersama mereka agar mereka dapat menanam secepat mungkin sebelum musim tengkujuh tiba. Harapan saya, segalanya akan berjalan lancar.

"Ya Allah! permudahkanlah urusan mereka agar mereka dapat keluar dari kedaifan hidup yg selama ini membelenggu mereka...amin!"

PS: Mungkinkah ada part III? ....InsyaAllah...

Sunday, September 22, 2013

Projek Tebu Felda Keratong part 1

Salam semua...
  Alhamdulillah hari ini nak cerita projek tebu yg pastinya membuka mata anda semua.

Baru-baru ini saya dihubungi oleh En.Syam berkenaan hasrat beliau utk membuka ladang tebu seluas 5 ekar di Felda Keratong, Pahang. Satu pertemuan singkat telah diadakan di Kuala Lumpur dan hasilnya, kami bersetuju utk membantu beliau dalam beberapa aspek penanaman tebu.

Terima kasih atas kepercayaan yg diberi.

Jadi, bermulalah aktiviti yg paling penting utk projek ini, iaitu menyediakan benih tebu.
Utk makluman, 1 ekar tanah dianggarkan berkeluasan 43560 kaki.

Sekiranya jarak antara lubang-ke-lubang adalah 4 kaki, dan jarak antara baris-ke-baris adalah 7 kaki, maka anggaran lubang yg boleh dibuat adalah  1555 lubang.

Andaikan satu lubang memerlukan 2 btg benih, maka utk 1 ekar sahaja memerlukan hampir 3000 btg benih.
Kalau 5 ekar? .... anda pun boleh kira sendiri...kan?

Ok, inilah benih tebu yg telah dipotong.

Sesetengah penanam tebu menganjurkan pucuk tebu utk dijadikan benih.
Tetapi adalah tidak praktikal utk mendapatkan pucuk tebu sahaja sebagai benih. Menurut pengalaman kami, batang tebu juga boleh dijadikan benih, asalkan mata tebu yg ada pada ruas tebu masih elok dan baik.





Benih dalam gambar di atas ni berjumlah hampir 12,000 btg.

Sehari suntuk menyiapkan benih, akhirnya masa utk ber'posing'.


Itu baru part I. Part II pulak apabila nak menghantar semua benih ini ke Felda Keratong dalam beberapa hari lagi.
Harap-harap segalanya berjalan lancar lah...Amin.

Selepas 2 Minggu...Anak Pokok Pun Tumbuh

2 minggu je boleh jd mcm nih...

Alhamdulillah, berkat air tangan Pak Lang aku, ni hasilnya...

Cuba kira, ada berapa anak poko tebu tuh?
Salam semua...
  Alhamdulillah sekali lagi dapat update blog nih.
Terima kasih kepada anda yang kerap mengunjungi blog ini. Bagi saya, ia sesuatu yang menyeronokkan apabila mengetahui ada pihak lain yg mengikuti perkembangan blog ini.

Menurut statistik blog saya, setiap hari tidak kurang dari 10 org melayari blog ini. Ia adalah sesuatu yg membanggakan utk sebuah blog pertanian (sebab blog pertanian tak sepopular blog resepi, hiburan dan lain-lain).

Ok, cukup setakat itu hal blog. Saya mulakan info hari ini dgn gambar-gambar di atas ("a picture tells thousand words').
Sebelum ini, apa yg anda lihat hanyalah lubang dgn 2 benih tebu, kan? Hari ini anda boleh lihat sendiri... sebatang benih tebu boleh melahirkan 4 anak pokok.

Kalau satu lubang ada 2 benih, maka ada lebih kurang 8 anak pokok. Kalau satu ekar ada 1500 lubang, maka ada 12,000 anak pokok tebu seekar. Kalau harga pasaran tebu sebatang RM1.50, maka jumlah pulangan yg bakal anda dapat adalah.....
beribu ribu ribu ribu ribu ribu ribu ringgit...hehehehe...sorry ye, bergurau je!

Apa yang perlu dibuat selepas dah tumbuh ni?
Tunggu je la sampai dia besar skit dan batangnye bertukar dari coklat kepada hijau, baru lah letak baja...
 

Saturday, September 7, 2013

Kerja-Kerja Lubang dan Benih

Assalamualaikum semua...

Rasanya agak cepat perjalanan blog ini (sbb Projek Tebu Serendah ini pun agak cepat 'progres' nya..).
Minggu ini, dah tiba masa utk kerja-kerja lubang dan penanaman benih.

Mcm mana agaknye kerja2 ni yek?

haa...itulah dia Hang Cangkul...
Pastikan jarak antara lubang-ke-lubang adalah 4 kaki atau lebih. Ini bagi memudahkan kerja-kerja membersihkan daun bila pokok dah besar nanti.
- sebenarnya, ada yg kata boleh buat 3 kaki, sbb boleh dapat lebih banyak lubang. Pada pendapat aku, itu terpulang kepada kreativiti dan selera masing-masing ye..

Cuba lihat tanah ni...ada campuran tanah liat + pasir + gambut = subur!!
Kedalaman lubang pula bergantung kepada tempat dan kedudukan tanah tu. Kalau tanah tu dikelilingi hutan, insyaallah tiada masalah angin ribut. Jadi boleh la buat lubang 1 kaki atau 1.5 kaki dalam.

Tapi kalau tanah tu atas bukit atau pun di kiri kanan kebun tu tiada pokok-pokok lain, adalah disyorkan utk tanam secara parit dgn kedalaman lebih dari 1.5 kaki.
Bukan apa, nak mengelak dari pokok tebu tumbang bila angin kencang atau ribut nanti (sediakan payung sebelum hujan..).







Pak Lang aku ni advance sikit. Aku baru bercadang nak mulakan kerja menanam, dia dah buat dulu. Ok lah...psl dia pun berpengalaman jgk.

Benih tebu telor biasanya diambil dari batang atau pun dari pucuk (mana-mana pun boleh). Benih biasanya dijual dengan harga antara 25 sen hingga 45 sen sebatang yang panjangnya lebih kurang sekaki. (Kalau nak benih, boleh order dgn aku ye...selagi stok masih ada..).

Sebaik-baiknya celup benih tebu ke dalam air Furadan (racun anai-anai) sebelum dimasukkan ke dalam lubang.

Tanam 2 atau lebih benih tebu dalam 1 lubang. (ikut citarasa masing2 la...kebiasaannya 1 benih boleh menghasilkan antara 3 - 5 pokok). Tanam menyerong seperti gambar di  atas.

Ni Furadan yang digunakan...

Baru tanam seminggu, tunas dah naik...subur betul!! Alhamdulillah...

Anak dara aku pun nak menanam jgk.....

Setakat blog ini, hampir 150 lubang telah siap dibuat. Kerja-kerja penanaman benih akan disambung lagi..




...Dan Kerja Tanah Pun Bermula...

Assalamualaikum...

Kali ini, kita lihat apa yg dah berlaku pada kawasan Projek Tebu Serendah.

Dulu ni tapak kebun tebu, sbb itu masih ada sedikit tebu di tepi kebun nih...

Tanah di biarkan bersih dan jika perlu, akan digembur semula...

Utk 'utilize' tanah sepenuhnya..maka ada la sikit tanaman nanas...

sebelah kiri tu adalah pondok khas utk berehat..yg banglo kt tengah tu bukan ye...

Kerja-kerja tanah dah bermula sejak 2 minggu yg lalu. Setelah diukur dan di buat pemerhatian sepenuhnya, dianggarkan keluasan utk tanaman tebu menghampiri 2 ekar.

Kalau ikut congakan aku, insyaallah boleh dapat dalam 2,700 rumpun bagi keluasan tanah sebegini (kalau nak tahu cara pengiraannya, boleh tanya aku k..).

Kita tgk apa yg akan berlaku seterusnya....

PROJEK TEBU SERENDAH bermula...

Assalamualaikum w.b.t semua rakan2...
     Alhamdulillah, agak lama juga tak update blog nih. Tetapi atas dasar perkongsian sesama kita sebagai petani moden, aku rasa bertanggungjawab utk berkongsi secebis ilmu berkaitan tanaman tebu disini.

Ok, projek tebu di Felda Palong 9 hari tu telah membuahkan hasil seperti yang aku jangka. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tetapi atas faktor kedudukan yang jauh dan kesukaran pemantauan, maka aku dan Edi memutuskan untuk TIDAK LAGI MENERUSKAN projek tebu di sana.

Ada org kata, "rugilah, masih ada anak pokok tebu disitu.. sekurang-kurangnya boleh dapat hasil utk 1 atau 2 pusingan lagi..".
Memang betul, tapi aku rasa lebih bersalah kalau hanya mengharapkan Cik Amer aku utk melakukan segala kerja-kerja, manakala aku kat sini hanya hulur duit shj. Jadi, aku lepaskan ladang itu kepadanya dan segala hasilnya itu terserah lah kepadanya.

Ok..cukup psl ladang Felda Palong tuh.

Sekarang, aku sedang beri tumpuan kepada projek terbaru aku di SERENDAH, Selangor. Kalau sesiapa yang tak tahu, Serendah ni kat atas sikit dari Rawang. Tanah nya pun cantik. Jom tgk gambar nih...





Jumlah keluasan kawasan adalah hampir 2 ekar.

Kali ini, aku akan cuba post gambar dan langkah demi langkah yang aku buat sepanjang projek ini. Bukan apa, aku baru sedar yang ada juga follower ikut perkembangan blog ini.

Terima kasih sbb singgah di sini. Insyaallah aku akan cuba berkongsi ilmu yg sedikit ini dgn anda semua..