Rasanya agak cepat perjalanan blog ini (sbb Projek Tebu Serendah ini pun agak cepat 'progres' nya..).
Minggu ini, dah tiba masa utk kerja-kerja lubang dan penanaman benih.
Mcm mana agaknye kerja2 ni yek?
haa...itulah dia Hang Cangkul... |
- sebenarnya, ada yg kata boleh buat 3 kaki, sbb boleh dapat lebih banyak lubang. Pada pendapat aku, itu terpulang kepada kreativiti dan selera masing-masing ye..
Cuba lihat tanah ni...ada campuran tanah liat + pasir + gambut = subur!! |
Tapi kalau tanah tu atas bukit atau pun di kiri kanan kebun tu tiada pokok-pokok lain, adalah disyorkan utk tanam secara parit dgn kedalaman lebih dari 1.5 kaki.
Bukan apa, nak mengelak dari pokok tebu tumbang bila angin kencang atau ribut nanti (sediakan payung sebelum hujan..).
Pak Lang aku ni advance sikit. Aku baru bercadang nak mulakan kerja menanam, dia dah buat dulu. Ok lah...psl dia pun berpengalaman jgk.
Benih tebu telor biasanya diambil dari batang atau pun dari pucuk (mana-mana pun boleh). Benih biasanya dijual dengan harga antara 25 sen hingga 45 sen sebatang yang panjangnya lebih kurang sekaki. (Kalau nak benih, boleh order dgn aku ye...selagi stok masih ada..).
Sebaik-baiknya celup benih tebu ke dalam air Furadan (racun anai-anai) sebelum dimasukkan ke dalam lubang.
Tanam 2 atau lebih benih tebu dalam 1 lubang. (ikut citarasa masing2 la...kebiasaannya 1 benih boleh menghasilkan antara 3 - 5 pokok). Tanam menyerong seperti gambar di atas.
Ni Furadan yang digunakan... |
Baru tanam seminggu, tunas dah naik...subur betul!! Alhamdulillah... |
Anak dara aku pun nak menanam jgk..... |
as salam..
ReplyDeletesaya minat bertani, tapi masih belum kesampaian nk buat.. byk baca instead buat..
tanya sikit, knp tanam secara menegak?
sbb ramai org tanam secara baring, biarkan smp ada tunas..
kalau tunas dah tinggi sikit baru kambus tanah tu..
sebab apa yea?
Salam en yaasin..
Deleteterima kasih kerana melayari blog kami.
sebenarnya benih tebu boleh ditanam secara menegak atau baring dlm tanah. Kedua-duanya tetap mencambahkan tunas dan kaedah tanam menegak ini banyak juga diamalkan oleh petani-petani di Jelebu.
Kami menanam secara menegak pun kerana kami letakkan 2 benih dlm 1 lubang. Oleh sebab lubang kecil, kami tegakkan benih itu.
Harap dgn penjelasan ini, dapat memberi pencerahan kpd en yaasin ye.
terima kasih.
This comment has been removed by the author.
Deleteracun furdan tu nak beli kat mana yea?
ReplyDeleteharga sekitar rm?
Racun furadan tu jenis 5G, susah nak jumpa di sekitar Lembah Klang. Saya dapat pun dari kedai jual baja dan racun pertanian yg ada di Batang Kali, Hulu Selangor.
DeleteHarganya sekitar RM65/bag dan beratnya 2kg.
Ada yg murah jenis 3G, tapi kurang berkesan mengatasi masalah anai-anai.
Harap info ini dapat membantu.
racun furdan tu celup shj dekat tepung tu ke ataupun ke bancuh dengan air dulu?
Deleteyg kaler pink atas tanah tu baja ke apa?
Bancuh dengan air dlm baldi, lepas tu celupkan benih ke dalamnya.
DeleteYg kaler pink tu lah racun furadan tu. Sengaja taburkan di atasnya supaya dapat menghalang semut dan anai-anai dari mendekati pokok.