Saturday, October 12, 2013

Projek Tebu Felda Keratong part III

Salam sahabat sekalian..

Alhamdulillah hari ini dapat juga update blog ini setelah terlalu dihambat kesibukan kerja dan tugasan harian. Memang kadang-kadang agak melelahkan utk update blog dlm keadaan kerja-kerja yang bertimbun masih belum selesai, tapi atas dasar tanggungjawab saya gagahkan jua.

Ok,
Masih lagi dalam isu Projek Tebu Felda Keratong. Semalam (12 Okt 2013), saya bersama Edi dan En. Zul (jiran sebelah rumah) telah bertolak ke Felda Keratong utk menghantar baki benih tebu yang ditempah oleh En. Syam.

Kali ini, kami menaiki Ford Ranger baru plak. Memang terbaik utk jalan 'Offroad' seperti yg kami lalui.
Edi & Syam sedang menurunkan guni-guni benih.

Tok Batin memantau aktiviti kami...


Paling menarik, semua yang terbabit dlm projek ini hadir utk meneliti kawasan projek. Semua kelihatan teruja melihat begitu ramai yang memberi sokongan terhadap projek ini. Alhamdulillah!



Apabila Abg Zul (baju coklat) jumpa Abg Zul (baju kuning)...

Beramai-ramai naik ke kawasan ladang. Dah macam rombongan mendaki gunung je...hehe!

Secara umumnya, kami berpuas hati dgn perjalanan projek ini. Walaupun menghadapi masalah hujan yg tidak turun hampir 2 minggu, tetapi benih tetap melahirkan anak-anak pokok tebu.





Alhamdulillah...
Harapnya selepas ini, keadaan menjadi lebih baik.


En.Syam teruja dgn anak-anak pokok tebu nih...




Setelah berbincang dan mengambil keputusan dalam banyak perkara, kami pun kembali ke KL.

Seronok dan teruja bercampur-baur dgn sedikit gusar. Maklum sahaja ini adalah projek kami yang besar dan melibatkan modal yg bukan sedikit. Sudah tentu kejayaan projek ini menjadi kayu pengukur keupayaan kami dalam melaksanakan projek kerjasama penanaman tebu.

Harap agar segalanya berjalan lancar, amin.

1 comment: