Alhamdulillah, saya masih diberi peluang oleh Allah utk mencoret sesuatu yang boleh dikongsi bersama dalam blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan blog yang selalu memberi mesej bertanyakan tentang status blog ini yg senyap tanpa sebarang berita.
Senyap bukan bererti mengalah, tetapi kerana kekangan masa dan tugasan yg perlu disiapkan. Namun begitu, ladang tebu tetap di hati saya. Oleh itu, kali ini saya catatkan perkembangan yang berlaku dalam sebulan yang lalu.
Adakah anda nampak perubahan yang berlaku pada pokok-pokok ini?
Pada entri yg dulu, pokok-pokok tebu ini masih dalam lubang dan tunas pula baru bercambah. Tapi pada kali ini, pokok-pokok ini kelihatan seperti di dalam batas.
Sebab, setelah pokok tebu mencapai ketinggian 1-2 kaki, maka kerja-kerja penimbusan dan penggemburan tanah perlu dilakukan. Tanah di tepi pokok akan dicangkul dan diletakkan dalam lubang benih. Kemudian tanah terus letakkan di keliling pokok agar menyerupai batas.
Tujuannya:-
1. supaya tanah pada pokok tebu akan memperoleh mineral dari tanah sekitarnya
2. supaya pokok akan bertambah kukuh dan menegak dengan baik
3. mengurangkan kemungkinan pokok tumbang apabila berlaku ribut atau angin kencang
Setelah digembur dan membuat batas, boleh lah ditabur baja tumbesaran. Saya dan Edi biasanya menggunakan baja NPK 15:15:15 cap Kepala Singa.
Sering saya diajukan soalan-soalan seperti berikut.
1. Berapa banyak baja nak diberi pada sebatang pokok?
2. Dalam seekar tanah, berapa beg baja yang diperlukan?
3. Kalau semusim pula, berapa jumlah baja yang diperlukan?
4. Ada orang kata, baja tahi ayam pun boleh digunakan. Kenapa mesti guna yang mahal-mahal nih?
Saya nasihatkan anda supaya memahami tentang hakikat satu perkara, iaitu:
"Pertanian adalah suatu seni"
Maksud saya adalah, semuanya terpulang kepada budi bicara anda sebagai tuan punya/pengurus ladang tebu anda sendiri. Tidak ada formula yang jitu dan ampuh bagi pembajaan yang terbaik.
Tetapi secara kasarnya adalah :-
1. Baja hanya perlu ditabur secara rawak (dalam kuantiti segenggam) ke atas sebaris pokok tebu
2. Baja yang diperlukan lebih kurang 2 hingga 3 beg utk seekar tanah
3. (2 hingga 3 beg/ekar) x keluasan kawasan (ekar) = jumlah baja per musim
4. Baja tahi ayam boleh digunakan, tetapi saya tidak mengesyorkannya. Ini disebabkan terdapat beberapa kes air tebu berwarna coklat gelap akibat penggunaan baja tahi ayam.
Harap-harap info ini dapat membantu sedikit sebanyak tentang pembajaan. Semua info ini saya dapat berasaskan pengalaman saya dan Edi, oleh itu mungkin ada perbezaan teknik pembajaan pada peladang-peladang tebu yang lain.
Apa pun, terima kasih kerana mengunjungi blog saya ini.
gambar atas ni tanah apa ek?
ReplyDeletegambut ka?
baja tu cap kuda singa rasanya , keluaran Behn Meyer...
ReplyDeleteitu tanah liat campur pasir. Baja tu memang cap kuda singa, terima kasih atas teguran.
ReplyDeletesaya telah tanam pokok tebu pada september 2013 sehingga sekarang pertumbuhan agak terbantut mungkin disebabkan musim kemarau sejak januari 2014..
ReplyDeleteKebiasaannya kalau tebu tu dh mencapai lebih 3 kaki, sedikit kemarau tidaklah mengganggu pertumbuhannya. Yg penting, baja kena kerap diberi. Terutama baja npk tuh....
ReplyDeleteSaya baru nak bertanam tebu. Biasanya berapa lama tunas akan bercambah..tak sabar rasanya menunggu pokok bercambah?
ReplyDeleteslmt mlm...dr mula ank tebu membesar sehgga boleh dituai berapa jarak bulan yg diperlukan untuk membaja tebu
ReplyDeleteSalam..boss baja apa sesuai untuk d jauhkn pokok tebu dri anai2..
ReplyDeleteAssalam boss, sy amat berminat dgn tanaman tebu, pelbagai variasi tebu yg sy dengar, tak tau mana satu yg betul, tlg betulkan jika sy salah, ada tebu Sabah, Taiwan, tebu hitam, tebu kuning dan tebu pandan (yg ni mmg rasa pandan betui dan wangi, sy dah minum di bayan baru. Penang)
ReplyDeleteJenis tebu yg mana satu terbaik untuk ditanam dan memberi lebih keuntungan
Terimakasih diatas kesudian berkongsi ilmu pertanian.
ReplyDeletesalam sy nk tnya
ReplyDeleteAsslmlkm..sedara.sy ada satu soalan.Secara praktikalnya berapa masa kekerapan memBaJa yg di ambil dr semasa mula tanam tebu hingga pokok Tebu dituai hasil ya.?
ReplyDelete