Saturday, December 7, 2013

TIPS-TIPS YANG PERLU UTK MENJADI PENGUSAHA PERTANIAN MODEN

Salam para sahabat semua.
     Baru-baru ini saya ada menerima banyak pertanyaan tentang penanaman tebu. Tak kurang juga yang melahirkan rasa minat terhadap penanaman tebu ini, namun akibat banyak kekangan maka minat itu dipendamkan sahaja.  
 
   Ramai orang takut utk menceburkan diri dalam pertanian kerana takut gagal atau tidak mempunyai modal. Sebenarnya ada juga usaha yang tidak memerlukan banyak modal tetapi mampu memperoleh banyak keuntungan. Ada banyak contoh pengusaha yang meraih kejayaan yang berpunca dari kerja kerasnya.

Disamping kerja keras, berikut adalah beberapa tips bagi pengusaha pertanian yang mungkin dapat anda praktikkan dalam diri anda.

Tips Menjadi Pengusaha Pertanian Moden:

1. Minat
    Setiap kejayaan sesuatu projek pertanian bermula dengan minat. Ada yang minat pertanian kerana suka bercucuk tanam. Ada yang minat kerana pulangan pertanian yang lumayan. Ada yang minat tanam tebu, tak minat tanam cili. Terpulanglah, bak kata pepatah "tepuk dada tanya selera".
Minat yg sama telah mempertemukan kami...


2. Perancangan
   “ Memang benar tanpa ada perancangan hala tuju, anda memiliki peluang yang kecil untuk berjaya menjadi pengusaha pertanian. Faktor utama mengapa banyak projek pertanian gagal adalah kurangnya ketahanan mereka dalam menghadapi masalah kerana tiada perancangan. Kerja-kerja membajak tanah, menanam benih, membaja, meracun, menggembur dan lain-lain perlu dirancang dengan teliti. Jika tak tahu bagaimana, rujuk kepada yang lebih arif.


3. Menetapkan Matlamat
    Tanyalah kepada mana-mana petani yang berjaya, jika mereka menetapkan matlamat yang jelas, maka setiap kerja tani yang dilakukan mengarah ke matlamat itu. Bagi penanaman tebu, saya sering bertanya kepada sahabat yang berminat,

               "Nak tanam untuk hasil pada bulan puasa shj atau utk hasil sepanjang tahun?".

    Bukan apa, lain matlamat maka lain cara kerjanya. Silap matlamat, boleh rugi dibuatnya.

4. Ketahanan  
     Setiap projek pertanian walau apapun jenisnya, akan menghadapi kekangan dan masalah yang tidak henti-henti. Di sinilah ketahanan diri penting untuk mengatasi halangan dan menentukan apakah sesuatu projek mampu bertahan atau tidak.
     Banyak projek pertanian seperti penanaman serai, ikan keli, dan gaharu (sebagai contoh) mengalami kegagalan kerana pengusaha tiada ketahanan diri.


5. Inovasi
    Lebih penting lagi, pengusaha yang mampu berinovasi dengan keadaan sekeliling pasti mampu mencapai kejayaan. Contoh terdekat seperti En. Daeng dari Johor yang pernah mencuba pelbagai teknik utk menjayakan tanaman tebunya. Berilah apa jua jenis tanah dan cuaca sekali pun, beliau tetap akan cuba sehingga berjaya.
   Satu lagi, ada sebuah syarikat dari Johor yang berjaya mengeluarkan air tebu organik dlm tin berjenama 'Sucanic'. Memang hebat!!


6. Modal
   Modal merupakan salah satu faktor penting dalam memulakan projek pertanian. Modal terbahagi kepada tiga iaitu:-
  i. Modal sendiri
  ii. Modal dari pelabur atau bank
  iii. Modal perkongsian.

  Bagi pengusaha pertanian moden, modalnya adalah lebih besar dari pertanian biasa kerana meliputi kos-kos buruh dan peralatan moden.

7. Pemasaran
   Seorang pengusaha harus mengetahui kelebihan hasil tanamannya. Kemudian, digabungkan dengan promosi yang menarik sehingga dapat menarik orang untuk membeli produk. .
Kewujudan media sosial seperti Facebook dan Twitter mampu menjadi sebahagian daripada strategi marketing
   Saya sendiri mewujudkan blog ini 'semanistebu.blogspot.com' sebagai salah satu cara pemasaran bagi mewujudkan permintaan terhadap hasil tebu saya.
Alhamdulillah, setakat ini hasilnya tidak mengecewakan.

8. Jaringan Perhubungan Dengan Petani Lain
    Menjadi seorang pengusaha pertanian perlu memiliki hubungan yang luas dan banyak. Kita tidak mampu melaksanakan projek pertanian jika tiada mana-mana hubungan, terutama sekali pemilik jentera JCB, pemilik kedai baja dan racun atau pembekal benih.
    Memperbanyakkan jaringan hubungan menjadi sangat penting bagi memperluaskan projek pertanian anda. Setiap orang berpotensi sebagai pengguna atau bekerja sama dalam mengembangkan projek anda.
Pak Lang (berbaju hijau) adalah org yg selalu membantu kami dari segi tenaga kerja. Dengan satu panggilan shj, beliau boleh mendapatkan 3 org tenaga buruh Indon dlm masa 2 jam shj.

Cik Amer yg selalu menjadi tempat rujukan berkenaan penanaman tebu.


9. Mulakan sekarang
    Dalam menjalankan projek pertanian,  seorang pengusaha perlu terus mengembangkan diri dengan membaca buku dan menghadiri seminar-seminar pertanian (MAHA dan sbg) untuk memotivasi diri.

Dan yang paling penting mulakanlah pertanian anda sekarang.
Jangan bertangguh, dan jangan takut, kerana kejayaan ada di depan anda.

Semoga dapat manfaat dari tips-tips ini ye....

No comments:

Post a Comment