Thursday, October 24, 2013

Projek Tebu Felda Keratong - Finale

Salam semua...
  
Masih lg dlm mood projek tebu di Felda keratong.
Hari ini, saya melakukan penghantaran terakhir bg benih tebu yg ditempah oleh En.Syam ke Felda Keratong.
Apa yang menariknya, tanah ini bukan di kawasan Orang Asli, tetapi di bawah tiang elektrik TNB. Haaa..mcm mana tuh?



 

Dengan keluasan mencecah 2 ekar, kerja-kerja tanah dilakukan dengan menggunakan JCB yang disewa. Menurut Abg Zul, kerja-kerja tanah sepatutnya hanya mengambil masa 2 hari. Tetapi oleh kerana halangan cuaca dan kerenah pengendali JCB (tabiat biasa org kita..maaf!), maka kerja-kerja berlarutan hampir 4 hari. (saya rasa hampir kebanyakan drp kita tahu ttg tabiat buruk org kita..-malas kerja tapi nak duit cepat-)



Sesampai shj di ladang, kerja-kerja menempatkan benih dilakukan.



  Ok, kali ini saya menggunakan Toyota Hilux 2 pintu. Memang kenderaan ini terbaik utk ladang, kerana ruang barang yang luas dan enjin yang berkuasa hebat!!
Perjalanan dari Sg Buloh ke Felda Keratong tu mengambil masa 3 jam setengah shj...memang terbaik!!

Dengan penghantaran terakhir ini, maka tamatlah Fasa 1 Projek Tebu Felda Keratong ini. Insyaallah jika saya diperlukan utk sebarang aktiviti berkaitan projek ini, saya akan cuba bantu.

Terima kasih kpd En.Syam & partner, Abg Zul dan Tok Batin serta rakan-rakan yg lain kerana bersama-sama membantu menjayakan projek ini.
Mari kita doakan agar projek ini berjalan dgn lancar, amin!

No comments:

Post a Comment