Sunday, September 22, 2013

Projek Tebu Felda Keratong part 1

Salam semua...
  Alhamdulillah hari ini nak cerita projek tebu yg pastinya membuka mata anda semua.

Baru-baru ini saya dihubungi oleh En.Syam berkenaan hasrat beliau utk membuka ladang tebu seluas 5 ekar di Felda Keratong, Pahang. Satu pertemuan singkat telah diadakan di Kuala Lumpur dan hasilnya, kami bersetuju utk membantu beliau dalam beberapa aspek penanaman tebu.

Terima kasih atas kepercayaan yg diberi.

Jadi, bermulalah aktiviti yg paling penting utk projek ini, iaitu menyediakan benih tebu.
Utk makluman, 1 ekar tanah dianggarkan berkeluasan 43560 kaki.

Sekiranya jarak antara lubang-ke-lubang adalah 4 kaki, dan jarak antara baris-ke-baris adalah 7 kaki, maka anggaran lubang yg boleh dibuat adalah  1555 lubang.

Andaikan satu lubang memerlukan 2 btg benih, maka utk 1 ekar sahaja memerlukan hampir 3000 btg benih.
Kalau 5 ekar? .... anda pun boleh kira sendiri...kan?

Ok, inilah benih tebu yg telah dipotong.

Sesetengah penanam tebu menganjurkan pucuk tebu utk dijadikan benih.
Tetapi adalah tidak praktikal utk mendapatkan pucuk tebu sahaja sebagai benih. Menurut pengalaman kami, batang tebu juga boleh dijadikan benih, asalkan mata tebu yg ada pada ruas tebu masih elok dan baik.





Benih dalam gambar di atas ni berjumlah hampir 12,000 btg.

Sehari suntuk menyiapkan benih, akhirnya masa utk ber'posing'.


Itu baru part I. Part II pulak apabila nak menghantar semua benih ini ke Felda Keratong dalam beberapa hari lagi.
Harap-harap segalanya berjalan lancar lah...Amin.

3 comments:

  1. kat mana beli benih tu? jelebu ke?
    sebatang rege?

    great!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benih tebu tu dari ladang sendiri. Sebatang benih berharga 35 sen.

      Delete
  2. afie, kawan saya tengah mencari benih tebu telor.
    boleh sms saya lokasi wak (utk dapatkan benih ini?)

    kalau beli tebu biasa, gred B, RM berapa sebatang, pjng dlm berapa kaki?

    yassin
    012-6458118

    ReplyDelete