Friday, December 6, 2013

Berkebun Pada Musim Hujan : Saat cemas menyelamatkan 4WD...

Salam para sahabat sekalian.
   Apa khabar ye? Diharap pada musim-musim cuti nih (dan musim hujan) dapat memberi peluang kepada tuan-tuan melaksanakan perancangan yang telah dirangka.

Saya dan Edi mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kesanggupan tuan-tuan mengikuti perkembangan blog yg tak seberapa ini. Insya-allah saya akan sedaya-upaya membuat perkongsian ilmu berkenaan tanaman tebu dan pengalaman yang kami lalui sepanjang projek penanaman dijalankan.

Melihat tajuk ini, suka saya maklumkan bahawa saya memperoleh 'tangan tambahan' dalam projek tebu MISSION IMPOSSIBLE ini. Beliau adalah En. Zul Amali dan beliau amat meminati bidang pertanian. Terima kasih En.Zul.

Beberapa hari yg lalu, kami turun ke ladang bersama-sama untuk kerja-kerja membersihkan ladang dan mengemaskini ladang.  Cuaca sgt baik utk berkebun kerana mendung diselang-selikan dengan hujan gerimis. Namun, keadaan ini menyebabkan tanah berair dan lembut.

Tak semena-mena (atas kesilapan saya juga hehe..) 4WD En.Zul telah tersangkut di dalam ladang ini.

 
Alhamdulillah, dengan bantuan sahabat-sahabat 4WD (Hj Don dan rakan) dari Batang Kali, kereta berjaya dikeluarkan.
Lihat detik-detik 4WD ini dikeluarkan...

Hj Don sedang memberi arahan.
Menggunakan mesin penarik yg ada di depan Jeep Cherokee ini, 4wd ini ditarik keluar perlahan-lahan.
Alhamdulillah, berjaya keluar dari lopak akhirnya...
TERBAEKK!! Jom makan di kedai Makcik Lawa...hehehe!
Setelah selesai menyelamatkan 4WD, kami meneruskan kerja-kerja tanah. Berkat kesabaran dan kesungguhan semua yang terlibat, banyak juga kawasan yang berjaya dibersihkan.







Jika mengikut perkiraan saya, batang tebu seharusnya telah berketinggian 1.5 kaki pada bulan Disember ini. Oleh yang demikian, mana-mana pokok yang lebih tinggi dari itu kami cantas. Begitu juga mana-mana pokok yang memiliki ruas-ruas yang pendek, kami cantas kerana tidak sesuai dikekalkan lagi.





Masalah serangga yang banyak pada pokok tebu ini (semut, kulat), saya sembur racun serangga supaya ia tidak melarat.
Racun serangga KENSBAN 75

 Alhamdulillah, hari ini kami berjaya mencapai target kerja kami. Namun, masih banyak yang perlu dilakukan. Maklum sahaja, tanah seluas 4.5 ekar ini walaupun tak besar tetapi kerja-kerja mengurusnya agak melelahkan.


Kawasan yang masih belum dibaikpulih...


Sedikit nasihat ingin saya kongsikan di sini sebagai peringatan utk DIRI SAYA dan para sahabat yang baru menceburi bidang penanaman tebu.
- jangan mengira "berapa luas tanah boleh dibuat utk menanam tebu", tetapi kiralah "berapa harikah yang sanggup aku peruntukkan utk menanam tebu".
- setinggi mana pun jawatan anda di luar sana, anda tetap kena 'pegang cangkul' jika terbabit dalam pertanian. 

PS: Bukan nak perli sesiapa ye, tetapi nasihat itu utk diri saya juga. Fikir positif!! hehehe....

No comments:

Post a Comment