Thursday, December 19, 2013

Hantar Benih Pada Musim Banjir Di Pahang

Salam para sahabat semua..

   Alhamdulillah kami masih meneruskan kerja-kerja membaikpulih ladang di Rasa, Kuala Kubu Bharu. Namun, permintaan utk benih tebu semakin meningkat hingga 'tak menang tangan' kami dibuatnya.

Baru-baru ini, kami di minta utk menghantar benih tebu sebanyak 4500 btg ke Chenor, Pahang. Pada peringkat awalnya, kami tidak menghadapi masalah utk menyiapkannya.

Menjelang hari penghantaran dibuat, banjir besar telah melanda negeri Pahang terutama sekitar Kuantan. Kami ragu-ragu juga utk melakukan penghantaran tersebut tetapi setelah diyakini oleh pengusaha projek bahawa tempat yg dituju tidak mengalami banjir, maka kami meneruskan juga perjalanan itu.

Sebahagian benih yg dihantar ke Chenor

Alhamdulillah, walaupun hujan sepanjang perjalanan kami ke sana, namun tiada apa-apa masalah
yang kami hadapi. Sesampai di Chenor, kami bertemu dengan En.Zali pengurus projek ini.

Kami dibawa oleh En.Zali ke lokasi penanaman tebu itu.

Rupa-rupanya, kawasan ini adalah kawasan penanaman semula getah berkeluasan lebih kurang 10 ekar. Kawasan ini terletak betul-betul di  pinggir Sg Pahang (semasa kami dtg, air sungai sudah berketinggian sama dengan jalanraya).


Setelah menurunkan benih dan memberi sedikit penerangan. Kami segera bertolak dari situ kerana khuatir banjir akan menyekat laluan kami utk pulang.

1 comment:

  1. Hi, En. Afie. Ada pembekalan benih tebu ke kawasan Kemaman (Trg)? Kami berminat untuk mengusahakan penanaman tebu. Berapa harganya? Terima kasih.

    ReplyDelete