Sunday, December 1, 2013

MISSION IMPOSSIBLE : MENGEMAS LADANG & MERAWAT POKOK

Salam para sahabat sekalian...
   Semoga semua dalam keadaan sihat dan ceria belaka. Maklum lah..musim cuti sekolah ini, ramai antara kita yang pergi bercuti, bawa keluarga makan angin. Masa ini lah nak merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dan silaturrahim dengan anak-anak, kan?

 Saya?
Hmm...habiskan masa di ladang baru laa.. Masih dalam MISSION IMPOSSIBLE - Membaik pulih ladang sedia ada nih..


Langkah pertama - Kita meracun rumput-rumput yang dah menjalar sekeliling pokok tebu nih.
Seperti biasa, racun yg digunakan ialah BASTA 15 kerana ia mampu memusnahkan rumput tanpa merosakkan akar pokok tebu. Bab racun nih, Edi (dlm gambar) memang pakar la.

Meracun ni sebaik-baiknya awal pagi supaya racun dapat terdedah kpd matahari sekurang-kurangnya 3 jam. Sementelahan pula sekarang ni musim hujan (terutama waktu petang), jadi kami mulakan kerja-kerja meracun seawal pukul 9 pagi.

Dah macam alien dah, hehehe....
 

Oleh sebab semak samun yang bermaharajalela, saya sendiri memotong rumput menggunakan mesin rumput. Haa...bila ladang kemas dan rapi, baru la bersemangat sikit nak buat kerja..


Jalan masuk pun dah cantik, baru la sedap mata memandang. Selesai meracun dan memotong rumput, baru la buat kerja-kerja membelek pokok tebu.

Masalah utama pokok-pokok tebu di ladang ni adalah serangga seperti semut, hama dan ulat pengorek batang.

Contoh tebu yg dah ada ulat pengorek batang.

Selain itu, masalah tebu yang terbantut dan diganggu rumput juga berleluasa di kawasan ini.

Jadi, kerja-kerja bersih dan cantas pun dimulakan.
Seterusnya, tanah disekeliling pokok digembur.


Masalah anai-anai yang terdapat disitu kami selesaikan dengan menabur FURADAN 3G.


Alhamdulillah, bila dah terang dan bersih kawasan nih, terasa berkobar-kobar semangat nak dtg ke ladang lg.

Buat kerja-kerja ladang nih, hati dan semangat kena kuat sebab tenaga yang ada hanya mampu kerjakan kawasan yang sedikit. Bila tengok ladang nih, masih banyak kerja yang kena buat...
silap-silap haribulan...mau 'surrender' dibuatnya...

Tp insyaallah, berkat doa sahabat-sahabat semua, akan kami jayakan juga projek ini. 

1 comment: